Hong Kong

Hong Kong Special Administrative Region of the People's Republic of China
香港特別行政區
Flag of Hong Kong Jata Wilayah
Lagu kebangsaan"March Of The Volunteers"
Lokasi Hong Kong di dalam China
Ibu negaraTiada (pusat pentadbiran di Central)
Bahasa rasmiBahasa Cina (Kantonis), Bahasa Inggeris
KerajaanWilayah pentadbiran khas di bawah China
• Ketua Eksekutif
John Lee
Keluasan
• Jumlah
1,106 km2 (427 bt2)
Penduduk
• Perkiraan
7,498,100 (2025)
KDNK (PPP){{{GDP_PPP_year}}}
• Jumlah
$590 billion
Mata wangDolar Hong Kong (HKD)
Zon waktuUTC+8
Kod panggilan+852
Kod ISO 3166HK
DPT internet.hk, .香港
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "flag_image"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "coat_image"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "symbol_caption"

Hong Kong merupakan sebuah kawasan pentadbiran khas di Republik Rakyat China. Dengan penduduk pelbagai rupa bangsa seramai 7.4 juta dalam sebuah wilayah seluas 1,104-kilometer-persegi (426 bt2), Hong Kong merupakan salah satu wilayah yang paling berpenduduk padat di dunia.

Hong Kong didirikan sebagai sebuah tanah jajahan Empayar British selepas Dinasti Qing menyerahkan Pulau Hong Kong pada tahun 1841–1842 sebagai akibat kekalahan Perang Candu Pertama. Tanah jajahan tersebut diperluaskan ke Semenanjung Kowloon pada tahun 1860 dan diperluaskan dengan lebih lanjut apabila United Kingdom memperolehi pajakan 99 tahun Wilayah Baharu pada tahun 1898. Hong Kong diduduki oleh Jepun dari tahun 1941 hingga tahun 1945 ketika Perang Dunia Kedua. Wilayah tersebut telah diserahkan daripada United Kingdom kepada China pada tahun 1997. Hong Kong mengekalkan sistem pemerintahan dan ekonomi yang berasingan daripada Tanah Besar China di bawah prinsip satu negara, dua sistem.

Asalnya sebuah kawasan kurang penduduk yang terdiri daripada kampung petani dan nelayan, wilayah ini kini merupakan salah satu daripada pusat kewangan dan pelabuhan perdagangan yang paling penting di dunia. Hong Kong merupakan pusat kewangan global berkedudukan keempat, pengeksport kesembilan terbesar dan pengimport kelapan terbesar di dunia. Mata wangnya, Dolar Hong Kong, merupakan mata wang kesembilan terbanyak didagangkan di dunia. Hong Kong mempunyai bilangan individu nilai bersih ultra tinggi terbesar di dunia, dan merupakan tempat tinggal golongan jutawan ketujuh tertinggi mengikut bilangan dalam kalangan bandar raya di dunia. Walaupun Hong Kong mempunyai salah satu daripada pendapatan per kapita tertinggi di dunia, ketidaksamaan pendapatan yang teruk wujud dalam kalangan penduduknya. Meskipun mempunyai bilangan pencakar langit terbesar dalam kalangan bandar raya di dunia, perumahan di Hong Kong telah didokumenkan dengan baik sebagai mengalami kekurangan yang teruk dan berterusan.

Hong Kong (Cina: 香港) secara rasmi Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong (Cina: 香港特别行政区),, adalah sebuah wilayah di Republik Rakyat China, menghadap Guangdong di utara dan Laut China Selatan di timur, barat dan selatan. Hong Kong ialah metropolitan global dan pusat kewangan, dan mempunyai satu ekonomi kapitalis sangat maju. Di bawah polisi "satu negara dua sistem", dan berdasarkan pada Basic Law, ia mempunyai "kuasa autonomi tinggi" dalam keseluruhan aspek kecuali hal-ehwal luar negeri dan pertahanan, yang merupakan tanggungjawab Kerajaan PRC. Hong Kong memelihara mata wang sendirinya, sistem perundangan, sistem politik, kuasa imigresen, peraturan lalu lintas dan aspek lain yang berkaitan cara hidup mereka, yang mana adalah banyak berlainan daripada Tanah Besar China.

Bermula sebagai sebuah pelabuhan perdagangan, Hong Kong menjadi tanah jajahan United Kingdom pada 1842. Ia diklasifikasikan semula sebagai sebuah wilayah yang bergantung kepada British pada 1983 sehingga penyerahan kedaulatan kepada Republik Rakyat China pada 1997. Terkenal untuk latar langitnya yang hebat dan pelabuhan semula jadi yang dalam, identitinya sebagai sebuah pusat kosmopolitan di mana Timur bertemu Barat dicerminkan dalam masakan, pawagam, muzik dan tradisinya. Jumlah penduduk bandar raya ialah 95% etnik Han dan 5% lain. Dengan populasi 7 juta penduduk dan luas kawasan tanah 1,054 km2 (407 sq mi), Hong Kong ialah satu daripada kawasan berpenduduk paling padat dalam dunia.

Hong Kong
"Hong Kong" dalam Tulisan Cina
Bahasa Cina香港
Jyutpinghoeng1 gong2
Perumian Yale Bahasa Kantonis
Maksud harfiah"Pelabuhan Wangi"
Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong
Tulisan Cina Tradisional
  • 香港特別行政區
  • (香港特區)
Tulisan Cina Ringkas
  • 香港特别行政区
  • (香港特区)
Jyutping
  • hoeng1 gong2 dak6 bit6 hang4 zing3 keoi1
  • (hoeng1 gong2 dak6 keoi1)
Perumian Yale Bahasa Kantonis
  • Hēunggóng Dahkbiht Hàhngjingkēui
  • (Hēunggóng Dahkkēui)
  • atau
  • Hèunggóng Dahkbiht Hàhngjingkēui
  • (Hèunggóng Dahkkēui)