Hidayah

Dalam Islam, hidayah (Arab: هداية) dari segi bahasa ialah "petunjuk" atau "hadiah", manakala dari segi istilah ialah petunjuk Allah ke arah kebenaran. Allah menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya agar beriman dan mentaati perintahnya.

Firman Allah:

فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ

Ertinya:

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. (Surah Al-An'aam: 125)


Jenis-Jenis Hidayah
1. Hidayah Wijdan
2. Hidayah Hawas wal Masya'ir
3. Hidayah 'Aqli
4. Hidayah Ad-Din (terbahagi kepada Hidayah Dilalah dan Hidayah Taufiq)