Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional

Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional
Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei
SingkatanNSDAP
Pemimpin/ketuaAnton Drexler (1920–1921)
Adolf Hitler (1921–1945)
Martin Bormann (1945)
PengerusiKarl Harrer (mul) (1919–1920)
Anton Drexler (mul) (1920–1921)
Adolf Hitler (1921–1945)
Martin Bormann (1945–1945)
PengasasAnton Drexler
Diasaskan1920 (1920)
Dibubarkan1945 (1945)
Didahului olehParti Pekerja Jerman (DAP)
Digantikan olehTiada (diharamkan)
Ideologi diteruskan oleh neo-Nazisme
Ibu pejabatMunich, Jerman
AkhbarVölkischer Beobachter
Sayap pelajarKumpulan Pelajar Sosialis Nasional Jerman (NSDStB)
Sayap belia/pemudaBelia Hitler (HJ)
  • Deutsches Jungvolk (DJ)
  • Kumpulan Wanita Jerman (BDM)
Sayap Separa TenteraSturmabteilung (SA)
Schutzstaffel (SS)
Kor Motor Sosialis Nasional(NSKK)
Pertubuhan sukanNationalsozialistischer Reichsbund für Leibesübungen (NSRL)
Pertubuhan wanitaKumpulan Wanita Sosialis Nasional (NSF)
Keanggotaan
  • Kurang daripada 60 (1920)
  • 8.5 juta (1945)
IdeologiSosialisme Nasional (Nazisme)
Fasisme
Nasionalisme Jerman
Antisemitisme
Nasionalisme kulit putih
Kedudukan politikKanan Jauh
WarnaHitam, putih, merah (Bendera empayar Jerman); coklat
Slogan"Ein Volk, ein Reich, ein Führer" (Satu Rakyat, satu Empayar, satu Ketua)
Bendera parti
sunting · sunting di Wikidata

Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Bahasa Jerman: Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei) atau Parti Nazi merupakan sebuah parti politik di Jerman antara tahun 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau "Deutsche Arbeiterpartei" (DAP), yang wujud dari tahun 1919 hingga 1920. Istilah Nazi ialah bahasa Jerman, singkatan dari perkataan Nationalsozialist. Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme nasional nama parti itu ditukar kepada "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional" (dalam bahasa Jerman "Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi.

Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti kerajaan utama sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah Swastika yang berlatarbelakangkan warna merah.