Salib Besi Kesatria

Knight Cross of the Iron Cross
Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes
Nama rasmiRitterkreuz des Eisernen Kreuzes (de)
JenisLencana leher
Dianugerahkan untukKeberanian luar biasa dalam pertempuran atau kepimpinan cemerlang
PeneranganSalib Besi Kesatria dianugerahkan dalam bentuk Salib Besi besar yang digantung pada reben berwarna tiga jalur mengikut warna Bendera Empayar Jerman (Merah, Putih dan Hitam). Bahagian tengah salib menampilkan lambang swastika besar dengan angka tahun 1939 pada cabang bawah, manakala bahagian belakangnya tiada ukiran. Bergantung kepada versinya, pingat ini boleh disokong oleh klip khas pada reben, termasuk:

Daun oak

Daun oak dan pedang

Daun oak, pedang dan berlian

Daun oak emas berserta pedang dan berlian
Negara Jerman Nazi
Disampaikan olehFührer dan Presiden Reich
KelayakanAnggota tentera dan separa tentera
KempenPerang Dunia Kedua
StatusTidak lagi dianugerahkan
Diasaskan1 September 1939
Kali pertama30 September 1939
Jumlah anugerah anumertaPedang: 15
Daun Oak: 95
Salib Kesatria: 581
Jumlah penerimaLebih 7,000
Susunan keutamaan
Lebih tinggiGrand Cross of the Iron Cross
Lebih rendahIron Cross Kelas Pertama
sunting · sunting di Wikidata


Salib Besi Kesatria (Bahasa Jerman: Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes), atau hanya disebut Salib Kesatria (Ritterkreuz) merupakan satu darjah Salib Besi (Eisernes Kreuz) versi tahun 1939. Knight Cross adalah pingat tertinggi Jerman Nazi bagi mengiktiraf keberanian luar biasa tentera atau telah memimpin sesuatu pertempuran dengan cemerlang semasa Perang Dunia Kedua. Dalam susunan darjah kepahlawanan tentera Reich Ketiga, ia hanya berada ditempat kedua dibelakang Grand Cross of the Iron Cross (Salib Besi Darjah Utama/Grosskreuz des Eisernen Kreuzes), satu anugerah yang hanya dikurniakan sekali, kepada Hermann Goering iaitu orang kanan Adolf Hitler. Goring telah diberi anugerah ini sebagai mengiktiraf jasa bakti beliau dalam membina Luftwaffe (Tentera Udara), dan bagi khidmatnya sebagai panglima tentera udara Jerman. Oleh itu Knight Cross berfungsi sebagai darjah tertinggi yang boleh dicapai oleh mana-mana askar Jerman pelbagai pangkat.

Knight Cross hanya digantung dengan reben di leher dan ia besar sedikit dari Iron Cross tahun 1813 tetapi masih mempunyai rupa bentuk yang sama. Ia sah berdasarkan tarikh pembaharuan 1 September 1939. Darjah itu boleh dikurniakan kepada askar Jerman disemua pangkat dan kepada sekutu-sekutu Reich Ketiga. Pengurniaan pertamanya telah dilakukan pada 30 September 1939, susulan dari Penjajahan Poland oleh Jerman, yang menandakan bermulanya Perang Dunia II di Eropah. Ketika perang berlangsung, beberapa orang penerima terus menunjukan kecemerlangan mereka, dan satu darjah yang lebih tinggi, Daun Oak bagi Knight Cross (Oak Leaves to the Knight Cross of the Iron Cross/Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub), telah dizahirkan pada tahun 1940. Pada tahun 1941, dua darjah yang lebih tinggi dari Knight Cross berserta Daun Oak telah dizahirkan. Ia adalah Knight Cross berserta Daun Oak dan Pedang (Knight Cross with Oak Leaves and Swords/Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub und Schwertern) dan Knight Cross berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian (Knight Cross with Oak Leaves, Swords and Diamonds/Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub, Schwertern und Brillanten). Pada penghujung tahun 1944, darjah tertinggi yang terakhir, Knight Cross berserta Daun Oak Emas, Pedang dan Berlian (Knight Cross with Golden Oak Leaves, Swords and Diamonds/Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit goldenem Eichenlaub, Schwertern und Brillanten), telah diwujudkan.

Pengurniaan sah Knight Cross yang terakhir, dalam mana-mana darjah, mesti dilakukan sebelum jam 23:01 Waktu Eropah Tengah 8 Mei 1945, iaitu masa sebelum penyerahan kalah Jerman dikuatkuasakan. Beberapa pengurnian telah dibuat selepas tarikh ini, yang terakhir pada 17 Jun 1945. Pengurnian terakhir ini dianggap sebagai anugerah de facto bukannya de jure. Dalam era Jerman selepas Perang Dunia II, Republik Persekutuan Jerman melarang pemakaian lambang Nazi. Pada tahun 1957, kerajaan Jerman meluluskan penggantian bagi Knight Cross of the Iron Cross, berserta kelompok daun oak menggantikan swastika, yang mana boleh dipakai oleh penerima-penerima Knight Cross Perang Dunia II. Pada tahun 1986, Persatuan Penerima Knight Cross (AKCR) mengakui jumlah 7,322 penganugerahan telah dibuat kepada anggota-anggota tiga cabang tentera Wehrmacht - Heer (Tentera Darat), Kriegsmarine (Tentera Laut) dan Luftwaffe (Tentera Udara) - serta Waffen-SS, Reichsarbeitsdienst (RAD - Perkhidmatan Buruh Reich) dan Volkssturm (Tentera Awam). Terdapat juga 42 orang penerima dalam angkatan tentera sekutu Reich Ketiga dengan jumlah keseluruhan 7,365 orang.

Analisis oleh Arkib Persekutuan Jerman menunjukkan bukti bahawa 7,161 penerima telah dianugerahkan secara rasmi. Arkib Persekutuan turut mengesahkan 863 darjah Daun Oak bagi Knight Cross, serta 147 darjah Pedang dan 27 darjah Berlian.

Darjah Daun Oak Emas bagi Knight Cross hanya dianugerahkan sekali sahaja, iaitu kepada Hans-Ulrich Rudel pada 29 Disember 1944.