Oberkommando der Luftwaffe
| Oberkommando der Luftwaffe (OKL) Markas Besar Tentera Udara | |
|---|---|
Bendera Panglima Tentera Udara Jerman, 1938–1940 | |
| Aktif | 26 Februari 1935 |
| Dibubarkan | 23 Mei 1945 |
| Negara | Jerman Nazi |
| Cawangan | Reichsluftfahrtministerium |
| Jenis | Tentera udara |
| Peranan | Pengawasan dan Pertahanan Aeronautik |
| Sebahagian daripada | Markas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht) |
| Pangkalan | Berlin |
| Nama samaran | OKL |
| Komander | |
| Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera | Adolf Hitler |
| Panglima Tentera Udara | Hermann Goering |
| Ketua Staf Am | Hans Jeschonnek |
Oberkommando der Luftwaffe (Terjemahan literal: Markas Tinggi Tentera Udara; singkatan OKL) adalah markas besar Tentera Udara Jerman dan, selain daripada Kementerian Penerbangan Jerman (Reichsluftfahrtministerium - RLM), ia juga adalah antara pusat pemerintahan tertinggi Luftwaffe. Di bawah Persetiaan Versailles tentera udara imperial telah diharamkan,tetapi daripada tahun 1933 pihak Nazi telah menjadikan pembinaan tentera udara baru sebagai hak keutamaan. Menjelang tahun 1939, Luftwaffe merupakan angkatan tentera udara yang paling kuat di dunia.