Grand Cross of the Iron Cross

Salib Besi Darjah Utama, Salib Darjah Utama atau hanya disebut Salib Besar (Jerman: Großkreuz des Eisernen Kreuzes) ialah sejenis pingat kebesaran yang dikhaskan untuk jeneral yang mencapai kemenangan dalam Tentera Darat Prusia dan sekutunya. Ia merupakan darjah kedua tertinggi dalam siri Salib Besi, selepas Bintang Salib Besi Darjah Utama, yang hanya dianugerahkan sebanyak dua kali sahaja. Bersama-sama dengan Salib Besi Kelas Pertama dan Kedua, Salib Darjah Utama telah dizahirkan pada 10 Mac 1813 semasa Perang Napoleon. Ia diperbaharui semula pada tahun 1870 bagi Perang Perancis-Prusia, dan sekali lagi pada tahun 1914 untuk Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1939, apabila Adolf Hitler memperbaharui Salib Besi sebagai pingat kebangsaan Jerman (bukan lagi eksklusif Prusia), beliau juga memperbaharui Salib Besar.

Salib Besi Darjah Utama adalah dua kali ganda saiz Salib Besi biasa, dan dipakai dengan reben yang tergantung di leher. Kemudian, Salib Besi Kesatria yang diperkenalkan pada tahun 1939 juga dipakai di leher; saiznya lebih kecil daripada Salib Darjah Utama tetapi lebih besar daripada Salib Besi biasa.