Harith Iskander

Harith Iskander
Harith ditemubual oleh MeleTOP semasa sidang media Kuala Lumpur Internation Comedy Fest pada 15 September 2015.
Kelahiran
Harith Iskander bin Musa

(1966-08-07) 7 Ogos 1966
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara, pengarah, penulis, penyanyi
Tahun aktif1990–kini
PasanganJezamine Lim Iskander (k. 2010; c. 2024)
Anak-anak3
Ibu bapaMusa Mohamed
Faridah Jane Musa
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem
GenreLawak, komedi pemerhatian, penyamaran, cereka, satira, sketsa
SubjekKomedi, lawak jenaka, gelihati, budaya Malaysia, budaya masyhur, peristiwa semasa, tingkah laku manusia
PengaruhCharlie Chaplin, Robin Williams, Jim Carrey, Adam Sandler
Hasil karya dan perananAh-ha
Baik Punya Cilok
Buli Balik
Komediri
Lawak Ke Der?
Obviously Harith Iskander
Laman web rasmiwww.harithiskander.com

Harith Iskander Musa (lahir 7 Ogos 1966) ialah seorang pelakon, pelawak, dan pengacara Malaysia. Beliau dikenali sebagai "Godfather of the Stand-Up Comedy" telah memenangi Anugerah Asia’s Best Stand-Up Comedian oleh majalah Asia pada 2014.

Harith merupakan salah seorang daripada pelawak berdiri antarabangsa dicalonkan untuk Laugh Factory’s Funniest Person In The World. Beliau turut berlakon dalam filem Hollywood, Anna and the King sebagai Nikorn pada tahun 1999. Beliau turut menulis cerita bagi filem Cuci dan Hanya Kawan. Restoran Samsaraa Kuala Lumpur miliknya terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah menyumbangkan suaranya untuk filem dokumentari pendek yang bertajuk Senaman Asas Kesihatan terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1998. Beliau memenangi pertandingan The Funniest Person in the World pada Disember 2016.