Buli Balik

Buli Balik
Poster keluaran tayangan
PengarahAfdlin Shauki
PenulisAfdlin Shauki
Lakon layarAfdlin Shauki
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
Hans Isaac
Afdlin Shauki
Lazizah Ahmad (eksekutif)
DibintangiAfdlin Shauki
Hans Isaac
Nasha Aziz
AC Mizal
Patrick Teoh
Umie Aida
SinematografiIndra Che Muda
Disunting oleh
  • Faizul Mohd Noh
  • Afdlin Shauki
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance
Vision Works
Tall Order Productions
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
26 Januari 2006 (Malaysia)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.5 juta
Pecah panggungRM 2.3 juta

Buli Balik ialah sebuah filem komedi drama Malaysia 2006 arahan dan lakonlayar oleh Afdlin Shauki terbitan bersama Grand Brilliance, Vision Works dan Tall Order Productions. Kesinambungan dari filem Buli (2004), ia berkisarkan tentang pereka perisian komputer, Nordin yang kini memiliki tahap keyakinan yang tinggi setelah memperoleh saham dalam syarikat perisian komputer, Michaelsoft, manakala Roy, yang sering membuli Nordin sejak zaman kanak-kanak, terselamat daripada kemalangan maut, namun hilang ingatan akibat kemalangan itu.

Filem ini dibintangi oleh Afdlin sendiri bersama Nasha Aziz, Hans Isaac dan turut dibintangi oleh Umie Aida, AC Mizal dan Patrick Teoh. Ia ditayangkan pada 26 Januari 2006. Seperti satu filemnya terdahulu iaitu Buli (2004), Buli Balik juga mendapat sambutan menggalakkan di pawagam. Filem ini telah memenangi 3 anugerah di Anugerah Skrin 2006 termasuk Filem Terbaik.