Baik Punya Cilok

Baik Punya Cilok
Poster promosi
PengarahAfdlin Shauki
PenulisAfdlin Shauki
Lakon layarAfdlin Shauki
Cerita olehAfdlin Shauki
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda
Disunting oleh
  • Marilyn Jhon
  • Afdlin Shauki
  • Sukhdev Singh
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 22 Disember 2005 (2005-12-22) (Malaysia)
Masa tayangan
125 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
Pecah panggungRM 3 juta

Baik Punya Cilok ialah sebuah filem aksi komedi Malaysia tahun 2005 arahan sulung Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Dibintangi oleh beliau sendiri, Hans Isaac, AC Mizal dan Awie sebagai pelakon utama. Filem ini mengisahkan 4 sahabat iaitu Aben, Bob, Jerry dan Wak yang berpakat untuk merompak Tauke Wong, pemilik pajak gadai bagi mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak yang digadaikannya ketika berkahwin dengan isterinya dulu. Pelbagai peristiwa lucu terjadi semasa mereka melakukan perancangan untuk mendapatkan kerongsang itu semula.

Ditayangkan kepada umum pada 22 Disember 2005, filem ini mengejutkan banyak pihak kerana kutipan tayangan selama seminggu mencecah RM 1 juta. Untuk meraikan ulang tahun ke-10, filem ini telah diadaptasikan kepada bentuk teater di Istana Budaya pada tahun 2015. Kesinambungan kedua filem ini sedang dalam perancangan.