Lawak Ke Der?
| Pengarah | Hans Isaac |
|---|---|
| Tarikh | 3 Februari 2012–kini |
| Lokasi | Istana Budaya |
Lawak Ke Der? ialah sebuah siri persembahan pentas berkonsepkan komedi Malaysia yang pertama kali dipentaskan pada Februari 2012 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Persembahan ini menampilkan pelawak-pelawak ternama negara yang mempersembahkan pelbagai topik. Teater ini merupakan satu kejayaan komersial dan diadakan secara tahunan.