Haloperidol

Haloperidol
Data klinikal
Sebutan/ˌhælˈpɛrɪdɒl/
Nama dagangHaldol, Serenace dan lain-lain
AHFS/Drugs.comMonograph
MedlinePlusa682180
Data lesen
Kategori
kehamilan
  • AU: C
Kaedah
pemberian
Mulut, intraotot, intravena, depot (sebagai ester dekanoat)
Kelas ubatAntipsikotik tipikal
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
  • AU: S4 (Preskripsi sahaja)
  • KA: Rx sahaja
  • UK: POM (Preskripsi sahaja)
  • AS: Rx sahaja
Data farmakokinetik
Bioketersediaan60–70% (melalui mulut)
Pengikatan protein~90%
MetabolismeDi hati
Penyingkiran separuh hayat14–26 jam (IV), 20.7 jam (otot), 14–37 jam (oral)
PerkumuhanMelalui hempedu (seterusnya tahi) dan urin
Pengecam
  • 4-[4-(4-Chlorophenyl)-4-hydroxypiperidin-1-yl]-1-(4-fluorophenyl)butan-1-one
Nombor CAS
PubChem CID
IUPHAR/BPS
DrugBank
ChemSpider
UNII
KEGG
ChEBI
ChEMBL
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard100.000.142
Data kimia dan fizikal
FormulaC21H23ClFNO2
Jisim molar375.87 g·mol−1
Model 3D (JSmol)
  • c1cc(ccc1C(=O)CCCN2CCC(CC2)(c3ccc(cc3)Cl)O)F
  • InChI=1S/C21H23ClFNO2/c22-18-7-5-17(6-8-18)21(26)11-14-24(15-12-21)13-1-2-20(25)16-3-9-19(23)10-4-16/h3-10,26H,1-2,11-15H2 Y
  • Key:LNEPOXFFQSENCJ-UHFFFAOYSA-N Y
  (verify)

Haloperidol, dijual di bawah nama Haldol dan lain-lain, ialah sebuah ubat antipsikotik tipikal. Haloperidol digunakan untuk merawat penyakit jiwa seperti skizofrenia, sindrom Tourette, mania dalam gangguan bipolar, delirium, kegelisahan, psikosis akut dan halusinasi dalam penyisihan alkohol. Haloperidol boleh dimakan melalui mulut, atau disuntik ke otot atau vena darah. Haloperidol lazimnya mula berfungsi dalam 30 ke 60 minit. Suatu formulasi jangka panjang dapat digunakan sebagai suntikan setiap empat minggu terhadap pesakit skizofrenia atau gangguan berkaitan yang mungkin terlupa atau enggan mengambil ubat secara oral.

Haloperidol boleh membawa kepada suatu gangguan pergerakan dipanggil diskinesia tardif, dan boleh kekal. Sindrom malignan neuroleptik dan pemanjangan selang QT juga boleh berlaku. Dalam kalangan warga tua dengan psikosis akibat to demensia, ubat ini membawa kepada risiko kematian yang lebih tinggi. Pengambilan ketika hamil boleh membawa kesan kepada bayi. Haloperidol tidak patut diambil oleh pesakit penyakit Parkinson.