Demensia

Demensia
Litografi lelaki dengan demensia, 1800-an
PengkhususanNeurologi, psikiatri
GejalaKemerosotan kebolehan berfikir dan mengingat, masalah emosi, masalah berbahasa, kurang motivasi
KerumitanNutrisi buruk, pneumonia, tidak mampu melakukan akitivti seharian, cabaran keselamatan peribadi, kematian
Permulaan biasa
Beransur-ansur
TempohJangka panjang
PuncaPenyakit Alzheimer, penyakit vaskular, penyakit badan Lewy dan kemerosotan lobus frontotemporal
Ujian kognitif (Mini–Mental State Examination)
Delirium, hipotiroidisme
PencegahanPendidikan awal, pencegahan tekanan darah tinggi, pencegahan obesiti, tidak merokok, hubungan sosial
RawatanPenjagaan sokongan
Rawatan perubatan
Perencat asetilkolinesterase (sedikit manfaat)
Kekerapan55 juta (2021)
Kematian2.4 juta (2016)
sunting

Demensia (dari bahasa Latin demens) atau nyanyuk ialah kemerosotan fungsi kognitif akibat kecederaan atau penyakit pada otak melebihi dari apa yang dijangka dalam proses penuaan biasa. Demensia lazimnya berlaku akibat kerosakan otak, sama ada akibat kecederaan atau penyakit. Kawasan yang mempunyai kesan khusus ingatan, perhatian, bahasa dan menyelesaikan masalah, walaupun terutamanya pada tahap akhir penyakit, pesakit mungkin kabur tentang masa (tidak tahu hari apa, minggu, bulan, atau tahun), tempat (tidak tahu di mana mereka berada) dan orang (tidak mengenali diri sendiri). Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda psikosis dan delirium.