Agensi Bahan Kimia Eropah

Agensi Bahan Kimia Eropah
European Chemicals Agency

Ibu pejabat di Helsinki
Intisari agensi
Dibentuk01 Jun 2007 (2007-06-01)
Ibu pejabatHelsinki, Finland
60°09′29″N 24°55′57″E / 60.1581°N 24.9325°E / 60.1581; 24.9325
Kakitangan558
Eksekutif agensi
  • Bjørn Hansen, Pengarah Eksekutif
  • Sharon McGuinness, Pengerusi lembaga pengurusan
Dokumen penting
Laman sesawang
echa.europa.eu
Peta
Helsinki
Agensi Bahan Kimia Eropah (Eropah)

Agensi Bahan Kimia Eropah (bahasa Inggeris: European Chemicals Agency, ECHA) ialah agensi Kesatuan Eropah (EU) yang menguruskan aspek teknikal dan pentadbiran pelaksanaan sebuah peraturan EU, iaitu Pendaftaran, Penilaian, Pengesahan dan Larangan Bahan Kimia (REACH). ECHA ialah pendorong dalam kalangan badan berkuasa pengawal dalam melaksanakan undang-undang kimia EU.

ECHA memastikan bahawa syarikat mematuhi undang-undang, peka dengan penggunaan bahan kimia secara selamat, memberikan maklumat mengenai bahan kimia dan membincangkan tentang bahan-bahan kimia khas. Ibu pejabat ECHA terletak di Helsinki, Finland. ECHA merupakan agensi pengawalseliaan bebas yang ditubuhkan oleh REACH, dan bukan sebuah entiti anak syarikat Suruhanjaya Eropah. Agensi ini kini diketuai oleh Pengarah Eksekutif Bjørn Hansen yang mula bekerja pada 1 Jun 2007.