Mania

Mania
Nama lain
Sindrom manik, episod manik, fasa manik
Gambaran mania dan hipomania
PengkhususanPsikiatri
GejalaLebih banyak bercakap, pertuturan pantas, mudah terganggu, hiperaktif, mengurangkan keperluan untuk tidur
KerumitanMembelanjakan wang yang berlebihan, memulakan perniagaan tidak bersedia, melancong, pergaulan bebas
Permulaan biasa
25 tahun
Tempoh> 1 minggu
Hipomania, penyalahgunaan bahan, skizofrenia, kebimbangan, gangguan obsesif-kompulsif
RawatanAntipsikotik, lithium
PrognosisSecara umumnya baik
Kekerapan4% pada satu ketika
sunting

Mania adalah keadaan perubahan mood dan tenaga secara tidak normal. Gejala yang kerap dilihat ialah peningkatan kecepatan tutur kata, mudah terganggu, hiperaktif dan penurunan keperluan untuk tidur. Apabila ia berlaku, seseorang pesakit akan mengalami gangguan terhadap tahap mereka berfungsi. Situasi yang sering terjadi ialah berbelanja wang secara berlebihan, memulakn perniagaan secara tiba-tiba, melancong atau pergaulan bebas.

Satu episod kejadian mania sudah cukup untuk didiagnosis dengan gangguan bipolar I. Faktor yang merangsang terjadinya mania adalah tidak jelas, tetapi ia dipercayaai berpunca daripada gabungan faktor genetik, sosial dan psikologi. Diagnosis memerlukan simptom untuk wujud sekurangnya seminggu atau hingga ke tahap dimasukkan ke hospital. Hipomania adalah kurang berbahaya dan selalunya berlaku dalam tempoh yang singkat.

Rawatan untuk mania melibatkan antipsikotik seperti haloperidol dan litium . Umumnya, ia adalah rawatan yang dilihat berhasil. Mania menjejaskan sehingga 4% individu pada satu-satu masa. Kadar kekerapan adalah sama untuk lelaki dan wanita. Umur biasa permulaan ialah 25. Mania pertama kali digambarkan dengan jelas oleh Hippocrates sekitar 400 SM.