Habib Al-Najjar
| As-syahid Habib Al-Najjar Habib Si Tukang Kayu | |
|---|---|
| Syahid | |
| Lahir | c. 5 C.E. Antioch |
| Meninggal | c. 30-40 C.E. Antioch |
| Dihormati oleh | Islam |
| Tempat keramat | Makam Habib, Antioch |
| Pengaruh | Isa |
sunting | |
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Islam |
|---|
|
Habib Al-Najjar atau Habib Si Tukang Kayu, menurut kepercayaan sebilangan Muslim, merupakan seorag pemuda yag beriman kepada Allah (Muslim) yang menetap di Antioch ketika zaman Isa. Dalam tradisi Muslim, Habib dilihat beriman kepada pesanan yang diutuskan oleh kaum Hawari kepadanya di Antioch. Hawari merupakan sahabat-sahabat yang tulus berdamping dengan Isa. Mereka semua sanggup syahid demi mempertahankan aqidah suci yang dibawa oleh Isa. Terdapat sebuah makam di Antioch, dibawah Gunung Silpius, dimana dilihat sebagai tempat bersemadinya jasad 'Habib. Walaupun terdapat sumber yang mengenalpasti Habib berkaitan dengan individu bernama Agabus seperti yang diceritakan dalam Alkitab, Kisah Rasul-rasul, mengatakan, Agabus adalah pemuda beriman yang telah syahid ketika zaman Yesus Kristus di Antioch, namun begitu terdapat para ilmuan yang menolak dakwaan ini, mereka menolak Agabus telah syahid di Antioch tetapi sesuatu tempat lain yang tidak dikhususkan, mungkin di Jerusalem atau ditempat lain. Semua sumber Muslim telah menyenaraikan pekerjaan Habib sebagai seorang tukang kayu.