HMS Ark Royal (R07)

HMS Ark Royal berlabuh di Portsmouth pada tahun 2007
Sejarah
United Kingdom
Nama: Ark Royal
Bersempena dengan: HMS Ark Royal
Dipesan: Disember 1978
Pembina: Swan Hunter, Tyne and Wear, United Kingdom
Dibaringkan: 14 Disember 1978
Dilancarkan: 2 Jun 1981
Ditaja oleh: Ratu Elizabeth si Bonda Ratu
Ditauliah: 1 November 1985
Dibersarakan: 11 Mac 2011
Pemasangan semula:
  • Penyelengaraan besar pertama 1999–2001
  • Penyelengaraan besar kedua 2004–2007
Pelabuhan asal: HMNB Portsmouth
Pengenalan:
Moto: Zeal Does Not Rest
Nama gelaran: Noah's Ark
Penghargaan dan
anugerah:
Al Faw 2003
Status: Diskrapkan pada Jun 2013 di Turki
Lencana: Ship's Badge
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal pengangkut pesawat kelas-Invincible
Sesaran: 22,000 tan
Panjang: 210 m (689.0 ka) (689 kk)
Lunas: 36 m (118.1 ka)
Draught: 7.5 m (24.6 ka)
Jana kuasa:
  • 4 × turbin gas Rolls-Royce Olympus TM3B yang memberikan 97,000 hp (72,333 kW)
  • 8 penjana diesel Paxman Valenta.
Halaju: 30 knot (56 km/j; 35 mph)+
Jarak: 5,000 nmi (9,300 km; 5,800 bt) pada 18 knot (33 km/j; 21 mph)
Anak kapal:
  • 685 krew
  • 366 Cabang Udara Armada
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:
  • Sehingga Disember 2010, 22 buah pesawat;
    • Misi pelbagai - Penyerang, ASuW dan ASW
      • 12 x Harrier GR.7/9
      • 10 x helikopter Sea King ASaC dan Merlin HM Mk.1
    • Misi pelbagai - Penyerang dan ASuW

HMS Ark Royal adalah sebuah kapal pengangkut pesawat ringan dan bekas kapal armada bagi Tentera Laut Diraja. Ia merupakan kapal ketiga dan terakhir dari kelas Invincible. Kkapal ini telah dibina oleh Swan Hunter di tebing Sungai Tyne dan dilancarkan pada tahun 1981. Ark Royal telah ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth si Bonda Ratu. Ia mula memasuki perkhidmatan selepas kapal HMS Invincible dan HMS Illustrious pada tahun 1985.

Dikenali sebagai The Mighty Ark, kapal ini merupakan kapal kelima dalam Tentera Laut Diraja yang memakai nama kapal armada yang mengalahkan Armada Sepanyol pada tahun 1588. Pada awalnya, ia hendak dinamakan sebagai Indomitable bagi menandingi keseluruhan kelas tetapi kemudian diubah disebabkan oleh reaksi rakyat ekoran kehilangan nama Ark Royal selepas kapal Ark Royal sebelumnya diskrapkan pada tahun 1980, selepas 30 tahun berada dalam perkhidmatan.

Kapal ini sedikit besar berbanding kapal-kapal sebelumnya, dan dan lompatan ski yang lebih curam, Ark Royal membawa pesawat STOVL iaitu Harrier Jump Jet, selain pelbagai jenis helikopter. Dengan jumlah krew lebih daripada 1,000 kelasi dan juruterbang, kapal ini berada dalam perkhidmatan aktif dalam Perang Bosnia pada tahun 1990-an dan Serangan ke atas Iraq 2003.

Asalnya ia dijadualkan untuk dibersarakan pada tahun 2016, Ark Royal sebaliknya dilucut tauliah pada 11 Mac 2011, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula Tentera Laut dalam Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik 2010. Selepas Ark Royal' dilucut tauliah, HMS Albion mengantikan ia sebagai kapal armada bagi Tentera Laut Diraja. Ark Royal kemudian dijual sebagai skrap kepada sebuah syarikat Turki iaitu Leyal Ship Recycling dan belayar meninggalkan Portsmouth pada Mei 2013.