Serangan ke atas Iraq 2003

Serangan ke atas Iraq 2003
Sebahagian daripada Perang Iraq

Helikopter Black Hawk milik Tentera Darat A.S daripada Briged ke-2, Divisyen Udara ke-101 (Serangan Udara) bergerak memasuki Iraq semasa tempoh awal serangan pada tahun 2003
Tarikh20 Mac, 2003 – 1 Mei, 2003
Lokasi
Keputusan
  • Kemenangan pasukan campuran
  • Kerajaan Parti Baath Saddam Hussein digulingkan
  • Penubuhan kerajaan baru
  • Pendudukan Iraq
  • Kelangsungan keganasan dalam bentuk pemberontakan dan konflik fahaman
Pihak yang terlibat

Campuran:

Iraq:

  •  Iraq
  • Ansar al-Islam
  • Sukarelawan luar negara daripada Syria
Komandan dan pemimpin

Tommy Franks

Brian Burridge
Jalal Talabani
Massoud Barzani
Ahmad Chalabi

Saddam Hussein

Qusay Hussein

Uday Hussein

Ali Hassan al-Majid

Barzan Ibrahim

Izzat Ibrahim al-Douri

Abu Musab al-Zarqawi

Mullah Krekar
Kekuatan

Amerika Syarikat: 248,000

  • USMC I MEF
  • Divisyen Infantri ke-3
  • Divisyen Infantri ke-4
  • Divisyen Udara ke-101
  • Pasukan Khas A.S

 United Kingdom: 45,000
 Australia: 2,000
 Sepanyol: 1,300
 Denmark: 500
 Poland: 194
KDP & PUK: 70,000

INC: 620
 Iraq: 375,000
Kerugian dan korban

171 KIA (138 A.S, 33 UK)


Mangsa-mangsa dari Kurdish dan INC tidak diketahui

Anggaran Kematian pejuang Iraq:

30,000 (angka diberikan kepada Jeneral Tommy Franks), John Keegan Anggaran: beberapa ribu pejuang terbunuh.

7,600–10,800 (4,895–6,370 diawasi dan dilaporkan) (Project on Defense Alternatives study)

13,500–45,000 (diekstrapolasi dari kadar kematian dalam unit yang bertugas di sekitar Baghdad)

Anggaran Kematian orang awam Iraq:

7,269 (kiraan mayat Iraq)

3,200–4,300 (Project on Defense Alternatives study)

Serangan ke atas Iraq 2003 (20 Mac, 2003 - kini) merujuk kepada peperangan yang diketuai oleh Amerika Syarikat, Britain, Australia dan beberapa negara lain menyerang Iraq, bagi menamatkan pemerintahan Saddam Hussein. Alasan utama yang memulakan perang adalah disebabkan kepercayaan Amerika Syarikat bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran dan tidak mengakui ada memilikinya. Ramai berpendapat bahawa Abu Musab al-Zarqawi, seorang daripada pemimpin Al-Qaeda, telah bersembunyi di Iraq selepas serangan 11 September 2001. Meskipun Saddam Hussein tidak terlibat di dalam rancangan serangan 11 September, kebanyakan orang telah menyalahkan beliau dengan memberi Al-Qaeda satu tempat selamat bagi menyembunyikan diri daripada Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun dakwaan ini tidak mempunyai asas sama sekali kerana sebilangan kecil anggota Al-Qaeda berpangkat rendah didapati bersembunyi di Iraq sebelum serangan.