Guacamole
| Guacamole | |
|---|---|
Guacamole | |
| Nama alternatif | Guac |
| Jenis | Celup |
| Tempat asal | Mexico |
| Bahan utama | Avokado, garam, jus limau, tomato |
| Keragaman/variasi | Krim masam, selasih |
| Hidangan serupa | Sos avokadoMantequilla de pobreGuasacaca Venezuela |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Guakamole (Sepanyol: guacamole, [gwa.ka.mo.lé] atau [wa.ka.mo.lé]) ialah sejenis lepa makanan atau salad berasaskan avokado yang mula didapati di kawasan sekitar Mexico dalam kalangan masyarakat Aztek dahulu.
Ia secara tradisinya diperbuat dengan melenyek buah avokado masak bersama garam laut menggunakan alu dan lesung. Tomato, bawang merah, bawang putih, perahan limau atau limau nipis, cili cayenne, ketumbar atau daun selasih juga bisa ditambah bagi menambah perisa.