Avokado

Avokado
Julat zaman: Miosen Pertengahan – kini
Buah avakado varieti hitam keperangan.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Magnoliid
Order:
Keluarga:
Genus:
Persea
Spesies:
P. americana
Nama binomial
Persea americana
Mill.
Sinonim
  • Laurus persea L.
  • Persea drymifolia Cham. & Schltdl.
  • Persea edulis Raf.
  • Persea floccosa Mez
  • Persea gigantea L.O.Williams
  • Persea gratissima C.F.Gaertn.
  • Persea leiogyna Blake
  • Persea nubigena L.O.Williams
  • Persea paucitriplinervia Lundell
  • Persea persea (L.) Cockerell
  • Persea steyermarkii C.K.Allen

Avokado (Jawi: اۏوکادو), alpukat (Jawi: ‏الڤوکت‎‎), adpokat (Jawi: ادڤوکت ; juga: apukat, apukad, pukat) atau buah tempurung (Jawi: ‏بواه تمڤوروڠ‎‎ , nama botani: Persea americana) ialah sejenis tumbuhan dari genus Persea keluarga Lauraceae. Ia menghasilkan buah yang mengandungi biji tunggal besar dengan isi yang lemak lembut apabila cukup masak.

Pokok ini bertaburan asal di Mesoamerika meliputi tengah negara Mexico dan Guatemala, tetapi tersebar luas secara penanaman di kawasan-kawasan tropika (termasuk sejauh Nusantara) dan iklim Mediterranean seluruh dunia. Buah ia banyak dimanfaatkan sebagai buah segar atau diproses lanjut untuk pelbagai kegunaan.