Tomato

Tomato
Rangam
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
Angiospermae
Divisi:
Magnoliophyta
(tanpa pangkat):
Eudikotil
Kelas:
Magnoliopsida
Order:
Solanales
Genus:
Solanum
Spesies:
lycopersicum
Sinonim

Lycopersicon lycopersicum (L.) H. Karst.
Lycopersicon esculentum Mill.

Tomato (Jawi: توماتو), rangam (disebut [ra.ngam], Jawi: راڠم‎), ranti merah atau terung masam (Kel., Pat.; nama saintifik: Solanum lycopersicum) adalah tumbuhan spesies keluarga Solanaceae ditanam untuk mendapatkan buahnya yang ranum dan dimasak sebagai sayur. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di benua-benua Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru. Tomato banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.