Festival Filem Malaysia ke-30

Festival Filem Malaysia ke-30
Tarikh30 Mac 2019
TempatDewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Pengacara
Penyampai pra-acara
PenerbitNelhanan Mansor
PengarahMuhd Dzakirin Rozyzan
Gambaran keseluruhan
Filem TerbaikOne, Two, Jaga
Pengarah TerbaikNamron
Pelakon Lelaki TerbaikRosdeen Suboh
Pelakon Wanita TerbaikUmie Aida
Penghargaan terbanyakOne, Two, Jaga (6)
Pencalonan terbanyakOne, Two, Jaga (9)
Dukun (9)
Liputan televisyen
Rangkaian
Tempoh masa3 jam

Festival Filem Malaysia ke-30 disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk filem-filem terbaik tahun 2017/2018. Ia berlangsung pada 30 Mac 2019 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Adibah Noor. Sebanyak 42 filem telah dipilih untuk bertanding di festival ini dan tema bagi acara ini ialah Inspirasi Sinemaku.

Filem Crossroads: One Two Jaga arahan Namron telah memenangi 6 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, manakala Dukun telah memenangi 4 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima, termasuk Pelakon Wanita Terbaik. PASKAL dan Munafik 2 masing-masing menerima tiga pencalonan. FFM30 diadakan seminggu sebelum Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung pada 7 April 2019.