Dukun (filem)

Dukun
PengarahDain Said
Penulis
Dihasilkan olehDominique Hee
Dibintangi
SinematografiCheong Yuk Hoy
Disunting olehAffandi Jamaluddin
Muzik olehLuka Kuncevic
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 5 April 2018 (2018-04-05) (Malaysia)
  • 8 Ogos 2018 (2018-08-08) (Indonesia)
Masa tayangan
108 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2.8 juta
Pecah panggungRM 10 juta

Dukun ialah filem seram ngeri Malaysia 2018 arahan Dain Said terbitan Astro Shaw. Filem ini merupakan filem sulung arahan Dain dan berdasarkan secara longgar dari kisah sebenar pembunuhan seorang ahli politik Malaysia pada tahun 1993, Datuk Mazlan Idris, oleh Mona Fandey, seorang penyanyi Malaysia yang popular pada tahun 80-an. Filem itu pada asalnya dijadualkan dikeluarkan pada Disember 2006 tetapi diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat. Tetapi pada 2018, LPF menarik balik pengharaman filem ini dan telah ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 5 April 2018.

Filem ini mendapat perhatian 12 tahun kemudian selepas salinan filem ini bocor dalam talian dan dipantau oleh FINAS, polis dan Astro Shaw. Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Dukun sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.