Syamel
Syamel | |
|---|---|
Syamel ketika membuat persembahan di ABU TV Song Festival 2017, Chengdu, China. | |
| Kelahiran | Syameel Aqmal bin Mohd Fodzly 26 November 1993 |
| Pendidikan | Diploma Pengajian Perniagaan |
| Pusat pendidikan | SMK Seri Permaisuri Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) |
| Pekerjaan | Penyanyi, komposer, penggubah lagu, penulis lirik, pelakon |
| Tahun aktif | 2015–sekarang |
| Pasangan | Ernie Zakri (k. 2021) |
| Anak-anak | 1 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop |
| Alat muzik | |
| Syarikat rakaman | Rocketfuel Entertainment Warner Music Malaysia Universal Music Malaysia |
| Kegiatan berkaitan | Ernie Zakri, Hazama, Ramlah Ram |
Syameel Aqmal Mohd Fodzly (lahir 26 November 1993) atau Syamel merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik, penggubah lagu dan pelakon Malaysia. Beliau popular dengan lagu "Hidup Dalam Mati", "Lebih Sempurna" dan "Aku Cinta" (duet bersama Ernie Zakri). Syamel juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 2015. Beliau muncul sebagai naib juara dalam pertandingan tersebut.