Mona Fandey
Mona Fandey | |
|---|---|
Mona Fandey di mahkamah | |
| Kelahiran | Nur Maznah binti Ismail 1 Januari 1956 |
| Meninggal dunia | 2 November 2001 (umur 45) |
| Sebab kematian | Dihukum gantung sampai mati |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan Kajang, Kajang, Selangor |
| Pekerjaan | Penyanyi, bomoh |
| Status jenayah | Hukuman mati dilaksanakan pada 2 November 2001 |
| Pasangan | Mohd Affandi Abdul Rahman (meninggal dunia) |
| Anak-anak | Mazdiana Affandi |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop |
| Alat muzik | Vokal |
Nur Maznah binti Ismail (1 Januari 1956 –2 November 2001) atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey merupakan seorang penyanyi Malaysia. Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 November 2001 di Penjara Kajang, Kajang, Selangor pada usia 45 tahun selepas beliau didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.