Doksisiklina

Doksisiklina
Data klinikal
Nama dagangDoxy, Doryx, Vibramycin, lain-lain
AHFS/Drugs.comMonograph
MedlinePlusa682063
Data lesen
Kategori
kehamilan
  • AU: D
Kaedah
pemberian
Mulut, intravena
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
  • AU: S4 (Preskripsi sahaja)
  • UK: POM (Preskripsi sahaja)
  • AS: ℞ sahaja
Data farmakokinetik
Bioketersediaan~100%
Pengikatan protein80–90%
MetabolismeBoleh diabaikan
Penyingkiran separuh hayat10–22 jam
PerkumuhanLazimnya tahi, 40% kencing
Pengecam
  • (4S,4aR,5S,5aR,6R,12aS)-4-(Dimetilamino)-3,5,10,12,12a-pentahidroksi-6-metil-1,11-diokso-1,4,4a,5,5a,6,11,12a-oktahidrotetrasena-2-karboksamida
Nombor CAS
PubChem CID
DrugBank
ChemSpider
UNII
KEGG
ChEBI
ChEMBL
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard100.008.429
Data kimia dan fizikal
FormulaC22H24N2O8
Jisim molar444.44 g·mol−1
Model 3D (JSmol)
  • CN(C)[C@@H]3C(\O)=C(\C(N)=O)C(=O)[C@@]4(O)C(/O)=C2/C(=O)c1c(cccc1O)[C@H](C)[C@H]2[C@H](O)[C@@H]34
  • InChI=1S/C22H24N2O8.H2O/c1-7-8-5-4-6-9(25)11(8)16(26)12-10(7)17(27)14-15(24(2)3)18(28)13(21(23)31)20(30)22(14,32)19(12)29;/h4-7,10,14-15,17,25,27-29,32H,1-3H3,(H2,23,31);1H2/t7-,10+,14+,15-,17-,22-;/m0./s1 Y
  • Key:XQTWDDCIUJNLTR-CVHRZJFOSA-N Y
 NY (what is this?)  (verify)

Doksisiklina ialah antibiotik spektrum luas daripada kelas tetrasiklina yang digunakan dalam rawatan jangkitan disebabkan oleh bakteria dan parasit tertentu. Ia digunakan untuk merawat radang paru-paru bakteria, jerawat, klamidia, penyakit Lyme, kolera, tifus dan sifilis. Ia juga digunakan untuk mencegah malaria dalam kombinasi dengan kuinina. Doksisiklina boleh diambil melalui mulut atau suntikan ke dalam vena.

Kesan sampingan yang biasa termasuk cirit-birit, loya, muntah, sakit perut dan peningkatan risiko selaran matahari. Penggunaan semasa mengandung tidak digalakkan. Seperti agen lain dalam kelas tetrasiklin, ia sama ada melambatkan atau membunuh bakteria dengan menghalang pengeluaran protein. Ia membunuh malaria dengan menyasarkan organel plastid iaitu apikoplas.

Doksisiklina telah dipatenkan pada 1957 dan mula digunakan secara komersial pada 1967. Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Doksisiklina boleh didapati sebagai ubat generik. Pada tahun 2020, ia adalah ubat ke-79 yang paling kerap dipreskripsi di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 9 juta preskripsi.