Sifilis
| Siflis | |
|---|---|
| Pengelasan dan sumber luaran | |
Rajah Treponema pallidum, bakteria penyebab siflis | |
| ICD-10 | A50-A53 |
| ICD-9 | 090-097 |
| MedlinePlus | 001327 |
| eMedicine | med/2224 emerg/563 derm/413 |
| MeSH | D013587 |
| Penafian perubatan | |
Sifilis, penyakit raja singa atau abilah Feringgi merupakan penyakit kelamin yang disebabkan oleh satu bakteria yang bernama Treponema pallidum. Ia disebar melalui hubungan seks sama ada secara mulut, dubur dan faraj, namun terdapat juga kes sifilis disebar dari seorang ibu kepada anak dikandung semasa kehamilan.
Sifilis diyakini telah menjangkit sebanyak 12 juta orang di seluruh dunia pada tahun 1999, di mana lebih 90% kes terjadi di negara-negara membangun. Penurunan kes secara dramatis selari dengan perkenalan penisilin di seluruh dunia pada 1940-an, namun angka jangkitan kembali meningkat sejak abad ke-21 di banyak negara, terkadang muncul sekaligus dengan virus kurang imun manusia sebahagiannya disebabkan amalan seks tidak selamat dan penurunan penggunaan perlindungan saat melakukan kegiatan sedemikian.