Devi Upanisad
Devi Upanishad (IAST: Devī Upaniṣad) merupakan sebuah Upanisad kecil dalam tradisi Hindu yang mengandungi hanya 32 mantra dan dikaitkan dengan Atharvaveda. Devi Upanisad dikarang dalam bahasa Sanskrit. Ia tergolong dalam kumpulan 19 Upanisad yang dikaitkan dengan Atharvaveda, dan diklasifikasikan sebagai salah satu daripada lapan Upanisad Shakta. Sebagai sebuah Upanisad, teks ini merupakan sebahagian daripada korpus kesusasteraan Vedanta yang mempersembahkan konsep falsafah dalam agama Hindu. Devi Upanisad merujuk kepada Mahadevi sebagai perlambangan kesemua dewi. Ia juga merupakan salah satu daripada lima Upanisad Atharvashiras yang penting dalam tradisi falsafah Tantra dan Shakta.
Mantra-mantranya terdiri daripada bentuk prosa dan juga syair. Tema utama teks ini ialah Dewi atau Tuhan sebagai Ibu Ilahi. Ayat-ayatnya kelihatan diambil daripada Devi Sukta dalam Rigveda, Devi Mahatmya dalam Markandeya Purana serta Durga Sukta dalam Mahanarayana Upanisad.