Durga Sukta

Durga Sukta (IAST : Durgāsūkta) bermaksud puisi suci memuji Dewi Durga. Durga Sukta ialah sebuah sukta Veda yang ringkas tetapi terkenal dan popular. Terdapat hanya tujuh mantra dalam puisi suci ini. Walaupun tujuh mantra ini merupakan sebahagian daripada Mahanarayana Upanishad (2.1–7), ia juga terdapat dalam Rigveda, Taittiriya Samhita dan Taittiriya Brahmana.

Daripada tujuh mantra tersebut, hanya mantra kedua khusus kepada Dewi Durga. Mantra ketujuh pula merupakan doa kepada Dewa Indra, manakala lima yang lain ditujukan kepada Dewa Agni. Namun, tradisi menganggap kesemua mantra ini sebagai satu kesatuan dan menamainya sebagai Durga Sukta.

Amalan bacaan Durga Sukta digalakkan khususnya untuk mengatasi kesukaran hidup. Dipercayai bahawa Dewi Durga (Ibu Ilahi) dan Dewa Agni (dewa api) melindungi kita daripada musuh dalaman dan luaran.