Saktam

Saktam atau Shaktam (Sanskrit: शाक्त, IAST: Śākta, har. doktrin tenaga, kuasa, dewi abadi) merupakan satu mazhab utama agama Hindu, di mana Tuhan disifatkan sebagai wanita.

Saktam melibatkan segala sesuatu dalam seluruh alam semesta sebagai aspek, manifestasi atau bayangan dewi agung yang sama, Shakti Ia memiliki pelbagai gaya penyembahan, daripada Durga yang paling banyak disembah, hingga Parvati serta Kali. Selepas kemerosotan Buddhisme di India, pelbagai dewi Hindu dan Buddha digabungkan menjadi Mahavidya, kumpulan sepuluh dewi. Mahadevi yang lazim disembah dalam aliran Saktam termasuk: Durga, Kali, Saraswati, Lakshmi, Parvati dan Tripurasundari. Selain itu, pelbagai Gramadevata seperti Mariamman juga disembah di kawasan India.