Clannad (permainan)

Clannad (permainan)
Kulit muka judul novel visual Clannad yang asal.
GenreDrama, Fantasi, Romantik
Permainan
PembangunKey
PengeluarVisual Art's (PC)
Interchannel (PS2)
Prototype (Xbox 360/S3G/FOMA)
GenreNovel visual
PelantarPC, PS2, S3G, FOMA, Xbox 360, PSP
Tarikh dikeluarkan28 April 2004 (PC, edisi terhad)
Manga
Official Another Story Clannad: On the Hillside Path that Light Watches Over
PengarangJun Maeda, Yūichi Suzumoto, Kai, dan Tōya Okano
IlustrasiGotoP
Penerbit ASCII Media Works
Majalah AsalDengeki G's Magazine
Manga
Komik Rasmi Clannad
PengarangKey
IlustrasiJuri Misaki
Penerbit Jive
Manga
Official Another Story Clannad: On the Hillside Path that Light Watches Over
PengarangKey
IlustrasiRino Fujii
Penerbit Flex Comix
Manga
PengarangKey
IlustrasiShaa
Penerbit ASCII Media Works
Anime
PengarahOsamu Dezaki
StudioToei Animation
Dikeluarkan pada15 September 2007
Anime
PengarahTatsuya Ishihara
StudioKyoto Animation
Penyiaran Asal TBS, MBS, CBC, BS-i
Dikeluarkan pada4 Oktober 2007 (TBS)27 Mac 2008
Manga
Clannad: Tomoyo Dearest
PengarangKey
IlustrasiYukiko Sumiyoshi
Penerbit Fujimi Shobo
Anime
PengarahTatsuya Ishihara
StudioKyoto Animation
Anime
Clannad After Story
PengarahTatsuya Ishihara
StudioKyoto Animation
Penyiaran Asal TBS, MBS, CBC, BS-i
Dikeluarkan pada3 Oktober 2008 (TBS)dijadualkan

Clannad (クラナド, Kuranado) ialah sebuah judul novel visual Jepun ciptaan syarikat perisian Key, yang turut menghasilkan judul-judul seperti Kanon dan Air yang mendapat sambutan baik. Key telah mengumumkan pada tahun 2001 berkenaan Clannad yang dirancang dikeluarkan pada tahun 2002 dan setelah ditangguhkan buat beberapa kali, akhirnya sebuah edisi terhad untuk PC pada tanggal 28 April, 2004, diikuti oleh edisi biasa pada 8 Ogos 2004. Judul novel visual ini kemudiannya dialihkan ke PlayStation 2, PlayStation Portable dan Xbox 360. Gaya permainan dalam Clannad adalah berlandaskan sebuah plot yang lurus, menawarkan senario-senario yang telah ditetapkan serta babak-babak interaksi, dan menumpukan kepada tarikan lima gadis sebagai watak heroin utama. Jun Maeda, penulis senario utama judul Clannad, mempercayai bahawa tajuknya bermaksud "keluarga" atau clan dalam Bahasa Ireland.

Meskipun kedua-dua buah karya Key yang lebih awal iaitu Kanon dan Air, telah dikeluarkan dahulu sebagai judul eroge dan kemudian disunting untuk pengeluaran umum sepertimana yang dilihat dalam kebanyakan judul permainan video bishōjo yang lain, Clannad sebaliknya merupakan judul keluaran umum dan tidak mengandungi sebarang unsur-unsur sebegitu mahupun sebarang jenis fan service. Berikutan keluaran Clannad, Key kemudiannya telah menghasilkan sebuah separa sambungan untuk dewasa berjudul Tomoyo After: It's a Wonderful Life, dikeluarkan pada 25 November 2005 yang mengembangkan dengan lebih lanjut tentang Tomoyo Sakagami, salah satu daripada lima gadis utama dari siri Clannad.

Clannad telah mencipta beberapa adaptasi dalam media lain: empat buat siri manga, siri pertamanya disirikan dalam majalah Jepun Comic Rush, yang kedua disirikan dalam Comi Digi +, yang ketiga disirikan dalam Dengeki G's Magazine, dan yang keempat disirikan dalam Dragon Age Pure. Dalam animasi, ia dianimasikan sebagai sebuah filem oleh studio Toei Animation pada 15 September 2007 dan ia juga disirikan sebagai siri anime dua musim oleh Kyoto Animation yang juga turut menganimasikan judul-judul awal Key iaitu Air dan Kanon. Terdapat juga dua set Drama CD.