Key (syarikat)

Key
Jenis/bentuk sahSyarikat terhad
IndustriPermainan video komputer
Ditubuhkan21 Julai 1998 (1998-07-21) di Osaka, Jepun
PengasasItaru Hinoue
Naoki Hisaya
Shinji Orito
Jun Maeda 
Ibu pejabatKita-ku, Osaka, Jepun
KeluaranNovel visual
PemilikVisual Art's 
Tapak webkey.visualarts.gr.jp
sunting ยท sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_name"

Key merupakan sebuah studio novel visual Jepun di bawa Visual Art's, terkenal dalam mencipta judul-judul novel visual yang penuh drama dan berorientasikan plot.

Kanon merupakan judul penampilan pertama Key, yang menggabungkan sebuah penceritaan yang mendalam, gaya lakaran berasaskan anime moden, dan gubahan lagu yang telah membantu mencipta sebuah pengalaman novel visual yang unik buat para pemain. Permainan video kedua Key, iaitu Air mempunyai sebuah cerita yang seakan-akan Kanon namun mungkin lebih kompleks, termasuklah kaedah permainan yang lebih terperinci. Kanon dan Air masing-masing dihasilkan pada asalnya sebagai permainan video dewasa. Walau bagaimanapun, hal ini mula berubah dengan Clannad, karya ketiga mereka yang merupakan permainan yang sepenuhnya dibuat dengan kandungan sesuai umum. Sehingga kini, Key telah mengeluarkan 18 siri permainan dengan yang terkini adalah Stella of The End (2022). Kandungan keluaran mereka terutamanya terdapat di platform komputer peribadi (PC) Windows, namun terdapat juga permainan mereka yang telah dibawa ke pasaran konsol permainan dengan kerjasama syarikat Interchannel dan kemudiannya syarikat Prototype, dengan kandungan diubahsuai sesuai umum dalam versi-versi tersebut. Key juga telah berkolaborasi dengan P.A. Works dan Aniplex untuk penghasilan siri animasi asal iaitu Angel Beats (2010), Charlotte (2015) dan The Day I Become a God (2020). Siri animasi Kaginado (2021) memaparkan karakter dari sebahagian siri mereka berganding dalam satu siri khas. Mereka juga menghasilkan siri pelbagai media iaitu Prima Doll, dengan siri animasi disiarkan pada 2022 dan siri novel visual mereka akan menyusul pada 2023 dan 2024.

Jun Maeda, pengasas bersama Key merupakan sosok tunjang utama syarikat ini, dengan menyumbang dalam perancangan, penulisan senario dan gubahan lagu dalam kebanyakan judul novel visual mereka. Na-Ga merupakan pengarah seni, yang mana asalnya merupakan pelukis latar sebelum digandingkan bersama Itaru Hinoue bermula dari projek judul Little Busters (2007) dan seterusnya. Shinji Orito pula merupakan penggubah muzik utama yang telah terlibat dalam penghasilan runut bunyi bagi kebanyakan judul Key.

Key turut terlibat aktif dalam pesta konvensyen Comiket sejak siri Comiket 57 pada 1999, dengan waktu itu menjual produk berkaitan Kanon. Penglibatan terkini mereka adalah dalam Comiket 99 yang berlangsung pada Disember 2021. Pada 2001, Key telah menubuhkan label rakaman Key Sounds Label yang memasarkan pelbagai album muzik berkaitan siri permainan dan animasi mereka.