Air (novel visual)

Air
PembangunKey
Penerbit
  • Visual Arts (Windows, Android, iOS)
  • NEC Interchannel (DC, PS2)
  • Prototype (S3G, PSP, FOMA, PSV, Switch)
PengarahJun Maeda
ArtisItaru Hinoue
Penulis/pengarang
  • Jun Maeda
  • Yūichi Suzumoto
  • Takashi Ishikawa
  • Kai
  • Tōya Okano
  • Tomotaka Fujii
Penggubah
  • Jun Maeda
  • Shinji Orito
  • Magome Togoshi
Enjin RealLive (en)
PelantarMicrosoft Windows, Dreamcast, PlayStation 2, SoftBank 3G, PlayStation Portable, Freedom of Mobile Multimedia Access, Android, iOS, PlayStation Vita, Nintendo Switch
Dilancarkan pada
8 September 2000
  • Windows
    • JP: 8 September 2000
    • JP: July 27, 2001
    • JP: April 8, 2005
    • JP: May 28, 2010
    Dreamcast
    • JP: September 20, 2001
    PlayStation 2
    • JP: 8 Ogos 2002
    SoftBank 3G
    • JP: 1 Mei 2006
    PlayStation Portable
    • JP: 22 November 2007
    FOMA
    • JP: 5 Februari 2008
    Android
    • JP: 24 Oktober 2012
    • JP: 2 Mei 2013
    iOS
    • JP: 2 Mei 2013
    PlayStation Vita
    • JP: 8 September 2016
    Nintendo Switch
    • JP: 9 September 2021
Genre
ModPemain tunggal
Pautan luar
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Air merupakan sebuah judul novel visual Jepun yang dibangunkan oleh Key, sebuah jenama VisualArts. Permainan ini dikeluarkan pada 8 September 2000 di pasaran Windows sebagai permainan video khusus dewasa. Permainan ini kemudiannya dikeluarkan untuk pasaran konsol seperti Dreamcast, Playstation 2, Playstation Vita, dan Nintendo Switch tanpa kandungan dewasa. Permainan ini mengisahkan Kunisaki Yukito, penghibur jalanan yang mencari "seorang gadis dilangit jauh". Dia tiba di sebuah pekan yang tenang di pesisir laut di mana dia bersua dengan tiga orang perempuan, salah satunya adalah kunci kepada penghujung kembaranya.

Tatapermainan di dalam judul ini adalah menurut "garis plot bercabang" yang memberikan pemain senario pra-tetap dengan ruangan interaksi, dan memfokuskan tarikan pemain kepada tiga karakter perempuan utama. Permainan ini dibahagikan kepada tiga segmen - Dream, Summer dan Air, yang masing-masing mewakili fasa penceritaan yang berbeza. Nama permainan ini mencerminkan gambaran utama langit dan udara. dan memaparkan penggunaan elemen sayap sepanjang permainan. Permainan ini pernah mencatatkan rekod sebagai permainan komputer tertinggi terjual di Jepun pada tahun keluarannya, dan masih kekal di tempat 50 terbaik kebangsaan sebanyak beberapa kali. Air telah terjual sebanyak 300,000 unit di pelbagai platform

Menuruti keluaran permainan ini, Air telah dialih pasarkan ke media lain. Manga oleh Yukimaru Katsura telah bersiri dalam Comptiq karya Kadokawa Shoten, dan kemudiannya diterbitkan dalam dua jilid. Antologi komik dan koleksi seni turut diterbitkan, begitu juga drama audio dan beberapa album muzik. Kyoto Animation menghasilkan siri televisyen anime 13 episod dan tambahan siri mini anime dua episod pada tahun 2005, dan Toei Animation menghasilkan filem anime pada tahun 2005. Adaptasi anime dilesenkan oleh Funimation yang mengeluarkannya di pasaran Amerika Utara.