Kyoto Animation

Kyoto Animation Co., Ltd.
株式会社京都アニメーション
Jenis/bentuk sahSyarikat perniagaan
IndustriAnimasi Jepun
Ditubuhkan1981
Ibu pejabatUji, Jepun
Tokoh pentingHideaki Hatta, Presiden
KeluaranAnime 
Bilangan kakitangan137 (2019) 
Anak syarikatAnimation Do
Tapak webLaman rasmi Kyoto Animation
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_name"

Kyoto Animation (京都アニメーション, Kyōto Animēshon, seringkali disingkatkan menjadi KyoAni) merupakan studio animasi Jepun yang terletak di Uji, Kyoto, Jepun. Studio animasi ini ditubuhkan dalam tahun 1981, menjadi sebuah syarikat terhad pada 1985, kemudiannya menjadi sebuah korporasi dalam tahun 1999. Diketuai oleh Hideaki Hatta, syarikat ini digabungkan dengan sebuah studio popular iaitu Sunrise dan syarikat induk kepada Animation Do. Meskipun ditubuhkan pada 1981, Kyoto Animation telah mencipta hanya tujuh buah anime setakat ini (2007), lima daripadanya merupakan siri televisyen, dan telah terlibat dalam produksi Kiddy Grade, InuYasha, Nurse Witch Komugi, Tenchi Universe, dan Generator Gawl.

Syarikat ini dihormati oleh ramai peminat-peminat di atas dedikasi mereka mencipta animasi berkualiti tinggi serta adaptasi mereka terhadap media-media popular masa kini.