China Eastern Airlines
China Eastern Airlines Corporation Limited, (SSE: 600115), juga dikenal sebagai China Eastern, ialah sebuah syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Bangunan China Eastern Airlines, di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao di Distrik Changning, Shanghai . Ia merupakan satu diantara syarikat penerbangan "Tiga Besar" (bersama Air China dan China Southern Airlines ) Republik Rakyat China, yang mengkawal laluan antarabangsa, domestik dan serantau. Pusat utamanya adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong dan Lapangan Terbang Hongqiao .
Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines ialah syarikat penerbangan kedua terbesar di China dengan jumlah penumpang selepas China Southern Airlines . China Eastern dan anak syarikatnya iaitu, Shanghai Airlines menjadi ahli SkyTeam ke-14 pada Tarikh 21 Jun 2011. Syarikat induk China Eastern Airlines Corporation Limited ialah China Eastern Air Holding Company.