Cavalier King Charles spaniel

Cavalier King Charles spaniel
Cavalier King Charles spaniel Blenheim
Negara asalUnited Kingdom
Trait
Berat 5.4–8 kg (12–18 lb)
Warna Blenheim, hitam dan sawo matang, Ruby, atau triwarna
Anjing (Canis lupus familiaris)

Cavalier King Charles spaniel ialah satu baka anjing mainan daripada jenis spaniel. Empat warna diiktiraf: Blenheim (perang berangan dan putih), triwarna (hitam/putih/sawo matang), hitam dan sawo matang, dan Ruby; lapis bulunya licin dan bak sutera. Jangka hayatnya biasanya antara lapan dengan dua belas tahun.

Cavalier King Charles spaniel berubah dengan mendadak pada lewat abad ke-17, apabila ia saling membiak dengan baka-baka berhidung rata. Sehingga tahun 1920-an, ia mengongsi sejarah sama dengan King Charles spaniel yang lebih kecil. Para pembiak baka mencuba untuk menghasilkan yang dianggap sebagai tatarajah asli semula – anjing yang menyerupai spaniel milik Charles II dari zaman Perang Saudara Inggeris, apabila para penyokong raja dikenali sebagai para cavalier.