Bulterier Staffordshire |
| Nama lain | Bull terrier Staffordshire |
|---|
| Nama ringkas | |
|---|
| Negara asal | United Kingdom |
|---|
|
| Berat |
Jantan |
13–17 kilogram (29–37 lb) |
|---|
|
Betina |
11–15.4 kilogram (24–34 lb) |
|---|
| Tinggi |
36–41 sentimeter (14–16 in) |
|---|
| Bulu |
licin, pendek, dan rapat |
|---|
| Warna |
putih; hitam, biru, perang kekuning-kuningan, atau merah, semua dengan putih atau tanpa putih; mana-mana keragaman brindle, dengan putih atau tanpa putih |
|---|
| Saiz perinduk |
5–7 ekor |
|---|
|
|
| Anjing (Canis lupus familiaris) |
Bulterier Staffordshire atau bull terrier Staffordshire, juga dipanggil staffy atau stafford, ialah satu baka anjing tulen bersaiz kecil hingga sederhana dalam kumpulan terier yang berasal dari bahagian utara Birmingham dan dari Black Country di Staffordshire, yang sempenanya ia dinamai. Ia diturunkan daripada bulterier abad ke-19 yang dikembangkan melalui penyilangan buldog dengan pelbagai terier untuk menghasilkan jenis anjing generik yang pada umumnya dikenali sebagai bull and terrier. Stafford mengongsi keleluhuran sama dengan bulterier moden, walaupun kedua-dua baka berkembang mengikut susur galur sendiri dan tidak menyerupai satu sama lain. Stafford moden lebih menyerupai jenis bulterier lama dan pertama kali diiktiraf sebagai baka anjing tulen oleh The Kennel Club di Great Britain pada tahun 1935.
Dalam sapuan luas sejarah anjing, kisah di sebalik stafford moden agak ringkas dan agak mengelirukan kerana pelbagai alias yang dikaitkan dengan anjing ini pada abad-abad lalu, seperti "Patched Fighting Terrier", "Staffordshire Pit-dog", "Brindle Bull", dan "Bull-and-Terrier". Silangan serupa juga mempunyai alias seperti half-and-half dan half-bred. Sukan darah seperti pengumpanan lembu jantan dan pengumpanan beruang diharamkan dengan kelulusan Akta Kekejaman Terhadap Haiwan 1835 oleh Parlimen, yang menjadikan pengumpanan haiwan haram tetapi menggalakkan laga anjing antara satu sama lain. Pembiak baka anjing beralih daripada buldog lebih berat dan memperkenalkan darah terier ke dalam silangan mereka untuk gameness dan ketangkasan. Silangan bull and terrier ini menghasilkan ternakan pembiakbakaan leluhur yang, selama berdekad-dekad, berkembang menjadi anjing pertunjukan pengakuran moden yang dikenali kini sebagai bulterier Staffordshire dan bulterier. Tidak lama sebelum Perang Saudara Amerika, pendatang dari Great Britain membawa baka silang bull and terrier mereka ke Amerika Syarikat. Anjing ini menjadi leluhur kepada terier Staffordshire Amerika (AmStaff), bulterier katik, terier Boston, dan pitbulterier Amerika.