Terier Staffordshire Amerika

Terier Staffordshire Amerika
Terier Staffordshire Amerika dalam pertunjukan anjing
Nama ringkas
  • AmStaff
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat kira-kira 50–80 lb (23–36 kg)
Tinggi 16.9–18.8 in (43–48 cm)
Bulu licin
Warna hitam, perang kekuning-kuningan, merah, putih, biru, padu, sebahagian atau bertompok, brindle
(putih menyeluruh, putih 80%+, hitam dan sawo matang, dan warna hati tidak digalakkan). Mesti mempunyai hidung hitam dan bukan merah. Perhatikan bahawa tiada "amstaff hidung biru" atau amstaff berwarna merle
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Staffordshire Amerika, juga dikenali sebagai amstaff, ialah satu baka anjing berbulu pendek dan bersaiz sederhana Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh American Kennel Club, tetapi tidak oleh United Kennel Club, yang sebaliknya mengizinkan agar terier Staffordshire Amerika didaftarkan di bawah baka pitbulterier Amerika.

Terier Staffordshire Amerika berdiri setinggi 18–19 inci (46–48 cm) dan beratnya ialah 40–70 paun (18–32 kg). American Kennel Club (AKC) memerihalkan baka ini sebagai anjing "yakin, pintar, dan bersifat baik". Terier Staffordshire Amerika tidak patut dikelirukan dengan pitbulterier Amerika; walaupun pitbulterier Amerika mempunyai keleluhuran serupa, kedua-duanya merupakan baka berasingan. Ia juga tidak patut dikelirukan dengan "staffy" bulterier Staffordshire dari United Kingdom.