Bulterier
| Nama lain | Bull terrier Bulterier Inggeris Bull terrier Inggeris Bully | ||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | England | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||||||||||
Bulterier atau bull terrier ialah satu baka anjing dalam keluarga terier. Ada juga versi katik bagi baka ini, iaitu bulterier katik. Baka ini berasal dari England; di sana, baka bull and terrier pada asalnya dibiakbakakan untuk kawalan makhluk perosak dan sukan darah. Pada pertengahan abad ke-19, James Hinks mula membiakbakakan bull and terrier dengan terier putih Inggeris, lalu menghasilkan baka moden. Bulterier mempunyai kepala distingtif 'berbentuk telur', mata segi tiga, dan tubuh tegap.
Bulterier mempunyai jangka hayat lebih rendah sedikit berbanding dengan purata. Bulterier putih mempunyai kecenderungan kuat ke arah kepekakan dan mungkin juga mewarisi akrodermatitis maut.