Buli (filem)

Buli
Poster keluaran tayangan
PengarahAfdlin Shauki
PenulisAfdlin Shauki (lakon layar)
Dihasilkan olehJohari Amat
Lazizah Ahmad (penerbit eksekutif)
DibintangiAfdlin Shauki
Hans Isaac
Nasha Aziz
Sharifah Shahirah
Ako Mustapha
SinematografiIndra Che Muda
Disunting olehKamaruddin Abu
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
11 Mac 2004
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.5 juta
Pecah panggungRM 1.6 juta

Buli ialah sebuah filem komedi drama Malaysia 2004 arahan sulung Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip, terbitan Grand Brilliance. Ia berkisarkan tentang Nordin, seorang pereka perisian komputer yang memiliki tahap keyakinan diri yang rendah, menjadi mangsa buli rakannya, Roy sejak zaman kanak-kanak. Dia bertekad untuk menghadapi mimpi ngeri hidupnya buat sekali dan selamanya. Filem ini dibintangi oleh beliau sendiri, Hans Isaac, Nasha Aziz, Hattan, Ako Mustapha, Sharifah Shahirah dan menampilkan barisan pelakon undangan daripada selebriti ternama Malaysia.

Dikeluarkan pada 11 Mac 2004, filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem dan telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.6 juta semasa tayangan perdananya. Afdlin menerima pujian atas percubaan sulungnya sebagai pengarah oleh ramai pengkritik. Kesinambungannya, Buli Balik ditayangkan pada 26 Januari 2006.