Bubur ayam

Bubur ayam
Bubur ayam
JenisHidangan, hidangan ayam, makanan jalanan, jajan pasar 
Jenis sajianUtama, biasanya untuk sarapan atau makan malam, larut malam.
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauNasional
Dicipta olehBerasal dari Masakan Cina-Indonesia
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaBubur dengan Ayam
Bahan yang biasa digunakanBeras, daging ayam, ginger, daun serai, Lengkuas, kaffir lime leaf, bawang merah, bawang putih, Buah Keras, turmeric rhizome, telur, Daun Saderi 
Maklumat lain165 kalori
sunting ยท sunting di Wikidata

Bubur ayam adalah salah satu jenis makanan bubur dari Indonesia. Bubur nasi adalah beras yang dimasak dengan air yang banyak sehingga memiliki tekstur yang lembut dan berair. Bubur biasanya disajikan dalam suhu panas. Bubur ayam disajikan dengan hirisan daging ayam dengan beberapa bumbu, seperti kicap masin dan kicap manis, lada hitam, garam, dan kadang-kadang diberi stok rebusan ayam. Bubur dilengkapi dengan taburan daun bawang cincang, bawang goreng, daun Saderi, tongcai (sayur masin), kacang dal goreng, cakoi, dan keropok. Bubur ayam sesuai bagi mereka yang kurang menyukai masakan Indonesia yang pedas, kerana bubur umumnya tidak pedas; sambal atau sos cili disajikan secara terpisah.

Bubur ayam kerap menjadi pilihan makanan untuk sarapan, tetapi bubur ayam sebenarnya dapat dimakan pada bila masa sahaja. Selain sarapan, bubur ayam kerap menjadi pilihan hidangan hangat di tengah malam kerana teksturnya yang lembut, disajikan hangat-hangat, serta memiliki kandungan gizi yang cukup baik, bubur ayam kerap dijadikan makanan bayi, kanak-kanak atau orang sakit yang dirawat untuk pemulihan.