Kanak-kanak

Kanak-kanak (Jawi: کانق٢); juga budak (Jawi: بودق‎) atau anak kecil (Jawi: أنق کچيل‎) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. Peringkat perkembangan manusia adalah sebagaimana bayi, meningkat kanak-kanak, remaja, dewasa, dan akhirnya tua. Istilah kanak-kanak adalah berbeza dengan anak meskipun mempunyai kaitan yang sangat rapat.