Senarai tempur Soviet bagi pencerobohan Poland pada tahun 1939
Senarai tempur Soviet bagi pencerobohan Poland pada tahun 1939 memperincikan unit-unit tempur utama yang disusun bagi serangan mengejut Soviet ke atas Poland pada 17 September 1939. Oleh kerana menyertai pertempuran selepas Jerman melancarkan pencerobohan mereka, pihak Soviet yang bersiap sedia secara rahsia untuk pertempuran, hanya menghadapi tentangan yang terhad. Beberapa pertempuran kecil berlaku antara pasukan Jerman dan Soviet, tetapi kedua-dua kerajaan tidak bersedia untuk memulakan konflik yang lebih besar, dan insiden-insiden ini kemudiannya dirujuk sebagai "salah faham".
Sebelum pencerobohan, dua "barisan" telah diwujudkan sebagai satu bentuk kumpulan tentera darat berdasarkan Wilayah Tentera Khas Belarusia (BOVO) yang dijadikan Barisan Belarusia dan Wilayah Tentera Khas Kiev (KOVO) yang dijadikan Barisan Ukraine.
Seperti pihak Jerman, Soviet menggunakan dua paksi serangan utama, masing-masing dikendalikan oleh sebuah Barisan. Setiap panglima Barisan mempunyai satu kumpulan pasukan mudah alih yang dibentuk daripada pasukan kavalri dan mekanis; pendahulu kepada kumpulan kavalri mekanis dalam Perang Dunia Kedua.
Kesan-kesan daripada pembersihan (Great Purge) dapat dilihat pada pangkat para panglima dalam susunan tempur ini, dengan hanya seorang panglima Ketumbukan (tentera darat medan) berkhidmat pada pangkat sepadan iaitu Komandarm Gred Kedua (Komandarm Pangkat Kedua, Rusia: командарм 2 ранга), manakala seterusnya berpangkat Panglima Kor (Komkor), Panglima Divisyen (Komdiv) dan Panglima Briged (Kombrig) (Rusia: комкор, комдив, комбриг)