Komdiv

Panglima Divisyen
командир дивизии
Lencana kolar kot
Negara Kesatuan Soviet
Cawangan khidmatTentera Merah
KependekanKomdiv
Formasi1935 (1935)
Digugurkan1940 (1940)
Pangkat tinggi seterusnyaKomkor
Pangkat rendah sebelumnyaKombrig
Pangkat setaraPegawai Berbendera Pangkat Kedua

Komdiv (Rusia: комдив) ialah singkatan kata kepada Komander Divisyen (Rusia: командир дивизии, rumi: komandir divizii; secara harfiah: panglima divisyen), dan merupakan sejenis pangkat tentera dalam Angkatan Tentera Soviet KRSS dalam tempoh antara 1935 hingga 1940. Ia juga merupakan gelaran bagi anggota tentera yang dilantik untuk memimpin formasi bersaiz divisyen (XX).

Sehingga tahun 1940, ini merupakan pangkat keempat tertinggi dalam Tentera Merah, dan setaraf dengan Komisar Divisyen (дивизионный комиссар) dalam staf politik semua cabang ketenteraan, Pegawai Berbendera Pangkat Kedua (Rusia: флагман 2-го ранга, rumi: flagman 2-go ranga) dalam tentera laut Soviet, atau Mejar kanan keselamatan negara (старший майор государственной безопасности). Dengan pengenalan semula sistem pangkat jeneral pada tahun 1940, gelaran Komdiv telah dimansuhkan dan digantikan dengan pangkat Leftenan Jeneral.