Kombrig
| Panglima Briged командир бригады | |
|---|---|
Lencana kolar kot | |
| Negara | Kesatuan Soviet |
| Cawangan khidmat | Tentera Merah |
| Kependekan | Kombrig |
| Formasi | 1935 |
| Digugurkan | 1940 (angkatan tentera) 1943 (semua cabang) |
| Pangkat tinggi seterusnya | Komdiv |
| Pangkat rendah sebelumnya | Kolonel |
| Pangkat setara | Kepten Pangkat Pertama |
Kombrig (Rusia: комбриг) ialah singkatan kepada Komander Briged (Rusia: командир бригады, rumi: komandir brigady, lit. 'panglima briged'), dan merupakan sejenis pangkat tentera dalam Angkatan Tentera Soviet KRSS dari tahun 1935 hingga 1940. Ia juga merupakan gelaran bagi anggota tentera yang dilantik untuk memimpin formasi bersaiz briged (X).
Sehingga tahun 1940, ia merupakan pangkat keempat tertinggi dalam Tentera Merah. Ia setaraf dengan pangkat Komisar Briged (Rusia: бригадный комиссар, rumi: brigadny komissar) dalam staf politik bagi semua cabang tentera, Kepten pangkat pertama (Rusia: капита́н 1-го ранга, rumi: kapitan 1-go ranga) dalam tentera laut Soviet, atau dengan Mejar keselamatan negara (Rusia: майор государственной безопасности, rumi: mayor gosudarstvennoy bezopasnosti). Dengan pengenalan semula pangkat jeneral tetap, gelaran Kombrig telah dimansuhkan dalam angkatan tentera. Walau bagaimanapun, pangkat setara masih dikekalkan dalam sesetengah institusi seperti Staf Politik, Kor Kejuruteraan, Kehakiman dan lain-lain. Pangkat setara ini secara rasmi dimansuhkan dengan pengenalan sistem pangkat tahun 1943. Bertentangan dengan kepercayaan umum, Kombrig tidak mempunyai sebarang setaraf rasmi dalam sistem pangkat baru Soviet. Sistem baru hanya mempunyai 5 pangkat berbanding 6 sebelumnya kerana tugas Komander Briged dialihkan kepada Kolonel. Semua anggota staf Markas Tertinggi (dari Kombrig hingga Kamandarm pangkat pertama) perlu melalui proses pensijilan semula, di mana mereka diberikan pangkat berdasarkan jawatan mereka. Hanya Kombrig yang memegang jawatan pemerintahan bagi Divisyen atau lebih tinggi yang dinaikkan pangkat kepada Mejar Jeneral, manakala selebihnya diturunkan ke pangkat Kolonel. Secara rasmi sehingga tahun 1943, individu yang memegang pangkat setara Kombrig dalam cabang sokongan diletakkan antara Kolonel dan Mejar Jeneral, bertindak seperti setara kepada Brigedier British.