Komandarm Pangkat Kedua
| Panglima Ketumbukan Gred Ke-2/Panglima Tentera Darat Medan командующий армией 2-го ранга | |
|---|---|
Lencana kolar | |
| Negara | Kesatuan Soviet |
| Cawangan khidmat | Tentera Merah |
| Kependekan | Komandarm Gred Ke-2 |
| Formasi | 1935 |
| Digugurkan | 1940 |
| Pangkat tinggi seterusnya | Komandarm Pangkat Pertama |
| Pangkat rendah sebelumnya | Komkor |
| Pangkat setara | Pegawai Berbendera Armada Pangkat Kedua |
Komandarm Pangkat Kedua (Rusia: командарм 2-го ранга) ialah singkatan kata kepada Komander Army Gred Kedua (Rusia: командующий армией 2-го ранга, rumi: komanduyushchiy armiyey 2-go ranga; har. panglima ketumbukan gred kedua), dan merupakan satu pangkat tentera dalam Angkatan Tentera Soviet KRSS dalam tempoh dari 1935 hingga 1940. Ia juga merupakan gelaran bagi anggota tentera yang dilantik untuk memerintah formasi bersaiz tentera darat medan (XXXX).
Sehingga tahun 1940, ia merupakan pangkat ketiga tertinggi dalam Tentera Merah. Ia setaraf dengan Komisar Ketumbukan Gred Kedua (ru: армейский комиссар 2-ого ранга) bagi kakitangan politik dalam semua cabang tentera, Pegawai Berbendera Armada Gred Kedua (ru: флагман флота 2-ого ранга) dalam tentera laut Soviet, atau Komisar Keselamatan Negara Gred Kedua (ru: комиссар государственной безопасности 2-ого ранга). Dengan pengenalan semula pangkat jeneral tetap, gelaran Komandarm Gred Pertama dimansuhkan dan digantikan dengan Jeneral Ketumbukan atau Kolonel Jeneral.