Komkor
| Panglima Kor командир корпуса | |
|---|---|
Lencana kolar kot | |
| Negara | Kesatuan Soviet |
| Cawangan khidmat | Tentera Merah |
| Kependekan | Komkor |
| Formasi | 1935 |
| Digugurkan | 1940 |
| Pangkat tinggi seterusnya | Komandarm pangkat ke-2 |
| Pangkat rendah sebelumnya | Komdiv |
| Pangkat setara | Pegawai Berbendera Pangkat Pertama |
Komkor (Rusia: комкор) ialah singkatan kata bagi Komander Kor (Rusia: командир корпуса, rumi: komandir korpusa; secara harfiah: panglima kor). Ia merupakan sejenis pangkat tentera dalam Tentera Merah dan Tentera Udara Kesatuan Soviet (KRSS) dari tahun 1935 hingga 1940. Ia juga merupakan gelaran bagi pegawai tentera yang dilantik untuk memimpin formasi bersaiz kor (XXX).
Sehingga tahun 1940, pangkat ini merupakan pangkat keempat tertinggi dalam Tentera Merah. Ia setaraf dengan Komisar Kor (ru: корпусной комиссар) dalam staf politik semua cabang tentera, Pegawai Berbendera Pangkat Pertama (ru: флагман 1-го ранга) dalam tentera laut Soviet, atau Komisar keselamatan negara pangkat ke-3 (ru: комиссар государственной безопасности 3-го ранга).Dengan pengenalan semula sistem pangkat jeneral tetap pada tahun 1940, gelaran komkor telah dimansuhkan dan digantikan dengan Kolonel Jeneral.