Radang sendi
| Artritis | |
|---|---|
| Tangan yang terkesan artritis reumatoid, satu bentuk autoimun arthritis | |
| Sebutan |
|
| Pengkhususan | Reumatologi |
| Gejala | Sakit sendi, kekakuan, kemerahan, bengkak, kekurangab julat pergerakan |
| Kerumitan | Sindrom kesakitan muskuloskeletal kuat |
| Jenis | > 100, paling biasa (osteoartritis, artritis reumatoid) |
| Sejarah keluarga, umur, sifat jantina, kecederaan sendi sebelumnya, obesiti. | |
| Rawatan | Berehat, demah ais atau haba, penurunan berat badan, senaman, penggantian sendi |
Rawatan perubatan | Ibuprofen, parasetamol (asetaminofen) |
| sunting | |
Artritis atau radang sendi ialah istilah yang sering digunakan untuk membawa maksud sebarang gangguan yang menjejaskan sendi. Gejala biasanya termasuk sakit sendi dan kekakuan. Gejala lain mungkin termasuk kemerahan, kehangatan, bengkak, dan penurunan julat pergerakan sendi terjejas. Dalam sesetengah jenis radang sendi, organ lain juga terjejas. Permulaan radang boleh secara beransur-ansur atau tiba-tiba.
Terdapat lebih 100 jenis artritis. Bentuk yang paling biasa ialah osteoartritis (penyakit sendi degeneratif) dan artritis reumatoid. Osteoartritis biasanya berlaku mengikut faktor usia dan menjejaskan jari, lutut, dan pinggul. Artritis reumatoid ialah gangguan autoimun yang sering menjejaskan tangan dan kaki. Jenis lain termasuk gout, lupus, fibromialgia, dan artritis septik. Semuanya adalah jenis penyakit reumatik.
Rawatan mungkin termasuk merehatkan sendi dan berselang-seli antara menggunakan ais dan haba. Penurunan berat badan dan senaman juga mungkin membantu. Ubat yang disyorkan mungkin bergantung pada bentuk artritis. Ini mungkin termasuk ubat tahan sakit seperti ibuprofen dan parasetamol (acetaminophen). Dalam sesetengah keadaan, penggantian sendi mungkin berguna.
Osteoartritis menjejaskan lebih daripada 3.8% orang, manakala artritis reumatoid menjejaskan kira-kira 0.24% orang. Gout menjejaskan kira-kira 1–2% penduduk Barat pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Di Australia kira-kira 15% orang mengalami artritis, manakala di Amerika Syarikat lebih daripada 20% mempunyai jenis artritis. Secara keseluruhan penyakit ini menjadi lebih biasa seiring pertambahan usia. Artritis adalah sebab biasa orang ramai terlepas kerja dan boleh mengakibatkan penurunan kualiti hidup. Istilah ini berasal daripada arthr- (bermaksud 'sendi') dan -itis (bermaksud 'keradangan').