Lupus eritematosus sistemik

Lupus eritematosus sistemik
Pengelasan dan sumber luaran
Wanita muda dengan "ruam rama-rama" yang biasa terdapat pada penghidap lupus
ICD-10M32
ICD-9710.0
OMIM152700
P. Data Penyakit12782
MedlinePlus000435
eMedicinemed/2228 emerg/564
MeSHD008180
Penafian perubatan

Lupus eritematosus sistemik (SLE/LUPUS) adalah radang teruk (keradangan kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun yang mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri.

Lupus Eritematosus Sistemik atau systemic lupus erythematosus (SLE) ialah suatu penyakit autoimun yang ditandai oleh adanya episod-episod peradangan kronik yang semakin teruk ("exacerbate"), yang seterusnya reda ("remission") dan mungkin berlaku pada pelbagai sistem dalam tubuh. Kompleks imun yang terbentuk dan terendap, serta autoantibodi yang beredar, menyebabkan kerosakan tisu dan kegagalan fungsi organ-organ. Penyakit ini melibatkan Ginjal, sistem saraf pusat, kulit, sel dan pembuluh darah, otot dan tulang (muskuloskeletal), paru-paru dan pleura, sistem kardiovaskular, dan sistem gastrousus.