Sendi

Sendi
Butiran
SistemSistem rangka
Pengenalpastian
nama bahasa LatinArticulus
Junctura
Articulatio
MeSHD007596
TAA03.0.00.000
FMAFMA:7490
Terminologi anatomi

Sendi merupakan penghubung antara tulang dalam badan yang menghubungkan tulang-tulang rangka menjadi sebuah sistem menyeluruh yang berfungsi. Sendi dibentuk untuk membenarkan pelbagai jenis dan darjat pergerakan. Beberapa sendi seperti di lutut boleh dilincirkan dengan sendiri dan hampir tidak memiliki geseran serta boleh menahan tekanan dan bebanan berat tetapi dapat membenarkan pergerakan yang tepat dan lancar. Beberapa sendi yang lain pula hanya membenarkan pergerakan yang amat terhad.