Gout
| Gout | |
|---|---|
| Pengelasan dan sumber luaran | |
| ICD-10 | M10 |
| ICD-9 | 274.0 274.1 274.8 274.9 |
| OMIM | 138900 Templat:OMIM2 |
| P. Data Penyakit | 29031 |
| eMedicine | med/924 |
| MeSH | D006073 |
| Penafian perubatan | |
Gout (Ubt.: podagra dari Latin) ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sesendi sehingga menjejaskan seluruh sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.
Istilah gout diakar kata Latin gutta yang bermakna "titisan kecil" hasil kepercayaan para tabib dunia Barat zaman pertengahan seperti Galenus, pakar bedah gladiator, bahawa gout kononnya diakibatkan melelehnya bendalir dalaman badan pada jumlah yang tidak seimbang ke dalam sendi-sendi dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.